Nak minta Nasihat Boleh?
Tajuk posting kali memang sah, konfem tahap dewa, setuju 200% bahawasanya kita selalu dengar kat mulut orang even kat mulut kita un akan terucap jugak jika kita susah nak hadapi sesuatu masalah by ownself. Biasalahkan, hidup ni bukan selalu senang, takkan takde kesusahan hingga kita memerlukan nasihat from someone yang boleh dipercayai bagi meredakan hati untuk hadapinya dengan redho ilahi. Lebih - lebih lagi waktu zaman alam maya seperti sekarang ni. Banyak bende boleh terjadi pada diri kita lagi - lagi bila nak tempuh masyarakat netizen membunuh kita dengan kutukan, herdikan, cacian, makian, dan segala bentuk yang boleh menjatuhkan air muka kita sehingga membuatkan diri kita ni berasa sangat-sangat down dengan karenah dunia abad ini. Itulah hakikat dunia yang penuh dengan ketidakadilan apabila manusia bebas melakukan apa saja tanpa menghiraukan hati dan perasaan orang lain.
Kenapa pilih Tajuk ni?
Baru - baru ni aku ditujukan soalan oleh junior aku secara personal dalam media sosial ws (whatsapp) orang cakap ‘pm tepi’ gitu.. Aku panggil die ni Nysa sbb dia suh panggil cmtu.. kenal junior ni un dalam “Group UPU IPTA 2017” . Group ni aku conduct bersama rakan sebaya aku di Darul Quran tuk bantu junior batch99 mendaftar Upu dan mendapatkan biasiswa yang terkini tuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Junior ni amik nombor tepon aku dalam group ( sbb aku admin grup ) dan tanye lah macam² about kaunselor, universiti kat malaysia, sampai bab minat kat cikgu un minta advice kat aku cmne nak lupakan cikgu tu sbb dia minat giler cumanya cikgu xlayan die.. Agak sadis jugakla citernye tu.. aku ngan dia masih tak pernah berjumpa face 2 face, walau aku tahu dia masuk sama universiti ngan aku sekarang.. Tapi itu bukan fokus aku.. Yang aku nak share cerita semalam dia ‘pm’ aku. Tanye molek je..
[5/31, 12:49 PM] Nysa Ipta2017:
Weyy, busy sgd ke,
Nk minx nasihat boley?
[5/31, 12:50 PM] Nysa Ipta2017:
Mcm mne lha kalau kite rse down sbb laki? Pdhl laki tu bukan ayah ke abang ke pakwe or else,
[5/31, 12:51 PM] Nysa Ipta2017:
Kalau mcm ko, ko rse down dgn sorg pompuan budak kelas ko ke kan, mcm mne tu?
Keputusan Aku
Yes, soklan yang sangat rumit bagi aku, tuk jawab tapi aku teruja sangat ngan soklan yang ditujukan pada aku & tak semena - menanya aku taip memanjang lepas solat isyak n tarawih ( time ni malam 6 Ramadhan) dan hantar pada dia lillahi taala. Dan sebenarnya aku nak kongsi nasihat aku yang aku sampaikan tuk dia sebagai mujahadah aku dan pembaca² blog aku (terima kasih sudi lawat [^_^] ) serta aku jadikan blog ni tuk simpanan aku jika aku pulak yang kene masalah something cm die hadapi sekarang pada akan datang..
Bermula babak aku
Sory la kat junior aku tanye minta nasihat waktu noon dan aku balasnya malam.. Almaklumlah aku ni suka buat-buat busy tapi aku tetap cuba reply dalam hari yang sama.. Moga mood dia nak dengar nasihat tu ade lagi la.. Huhu.
[5/31, 10:17 PM] :
Of course boleh😊
Janganlah down time² ramadhan gini
Xmolek lah muka masam, mencuka.. Tak dpat sambut bulan ramadhan yang barakah ni
[5/31, 10:18 PM] : Japye..
Aku cari karangan aku yang berjela aku taip malam tu untuk forward kat Nysa.
Babak Start
[5/31, 10:18 PM] : Act, kita rasa down disebabkan someone.. mengikut beberapa aspek..
1) Hubungan
Hubungan antara dua pihak tu boleh dijadikan aspek contohnya suami/isteri - adikberadik - sedara - kawan - bff. Senang kita nak lihat ikut 2 bende shj.. pertama mahram & kedua ajnabi.
P/s : Secara lazimnya, Asbab terjadinya sikap down_dalam diri berlaku sbb tiada motivasi yang membangkitkan atau impian/harapan kita tak tercapai...
•Mahram
Kita harap si mahram ni bantu segala keperluan kita, tapi apa yang kita dapat hanyalah kosong semata.. Kata darah sama² tapi taknak membantu..
•Ajnabi
Kita pun cari alternatif lain macam classmate tuk bantu perkara yang perlu sbb bukan semua bende kita boleh buat.. Sbb tu hidup kene berjemaah right? Ade jugaklah yang respon kemahuan kita, tapi takjuga membantu hanya kata² shj.. Xdpt bantu 100%
[5/31, 10:18 PM] :
2) Biah - suasana
Suasana memainkan peranan penting dalam diri kita jugak lagi² time kita down...
•Lapang
Kita ade masa yang sangat lapang dan rasanya boleh lakukan mcm² tapi kita ajak bukan sejantina (means xkisah mahram/sebaliknya) melakukan perkara bersama mcm jalan² ke, round k.l ke, bowling ke, something hiburan gitu, or buat program ke, bisnes ke, tadarrus in group ke, yang boleh meningkatkan ilmu kita dan orang len gitu untuk menghiburkan jiwa & hati tapi tak dapat buat sbb masa dorang tak sama seperti kita... Dorang skolah/kerja, kita kebetulan cuti..
•Sempit
Begitu jugak sempit, kita nak sangat lepak/berehat tapi masa kita tak cukup/penuh then orang bukan sejantina kita ajak ikut program dorang.. Rasa down jugakla sbb kita busy tapi dorang pulak syok bergambar bercuti tanpa kita.. Maka ber-huhu lah kita dalam keadaan busy gitu..
[5/31, 10:18 PM] :
3) umur
Ni pun xleh kawal.. Jika dorang tu tua sesangat/tua dia tu lebih umur drpd kita (kira tualah tu..) kita minta something drpd mereka.. Dorang takmampu atas faktor umur.. Kita un xleh go on sbb bende tu needed n penting bagi kita.. Kita takleh buat dan dorang boleh cuma dorang takmampu shj.. So, down dari isi hati sampai perasaan tu ter-bawa² disbbkan kita xdpt buat..
Muda sgt un masalah gak.. Kita nak minta tapi dorang ni pulak banyak pulak soklan or bende takfaham tuk bantu kita.. Kita punyelah explain step by step.. Tapi dia xfhm gak.. Maklumlah dia xckup garam tuk makan.. Xbyk pengalaman.. Kita minta tuk selesaikan masalah kita.. Jadi bertambah pulak masalah.. So, down tu terus junam masuk ke gaung perasaan hiba..
[5/31, 10:18 PM] :
Banyak lagi tapi inilah yang aku dapat kupas tuk situasi cmne kita rasa down terhadap bukan *jantina*
(banat ⌐╦╦═─ banin)
(banin ▄︻̷̿┻̿═━一 banat)
Fikir balik siapa buat begini?
[5/31, 10:18 PM] :
Tapi sebenarnya kita boleh atasi perkara ni semudah ABC😋....
Kita fikir balik siapa yang hadirkan sifat gembira, sedih, bermotivasi, down dalam sanubari kita ni... Adakah daripada manusia sedangkan mereka juga turut merasakan bende yang sama seperti kita? Adakah haiwan sedangkan mereka juga bergaduh each other kerana ketidakpuasan dalam diri? Atau Tuhan sebab Dia lah yang mengatur segala tindak tanduk kita?
Jawapannya terletak pada iman, dijelaskan dengan hidayah, disuburkan dengan sifat tawakkal, dan dipraktikan dengan mujahadah...
Puzzle hidup
[5/31, 10:18 PM] :
Kita down disebabkan kehilangan sesuatu dalam hati.. Hati kita ibarat puzzle bayangkan..
Puzzle : kehidupan
Cebisan puzzle palsu : tak sepatutnya
Cebisan puzzle asli : Allah
Kita telah mencantum segala puzzle² yang ada tapi hanya tinggal satu cebisan puzzle sahaja untuk complete kan kesemuanya.. Kita cuba satu tapi kita lihat tak boleh masuk.. Tak muat atau kecik sangat.. Kita pun decide, puzzle ni cebisan puzzle palsu maka kita letak tepi.. Cuba lagi satu persatu bende yang sama juga berlaku.. Pastu kita terfikir mungkin ade satu cebisan kita tertinggal di satu port yg kita terlepas pandang.. Kita cari & cari.. jumpa dan kita pasang, akhirnya masuk muat dan ngam ngan puzzle kita tu.. Dan kita tau inilah cebisan puzzle asli.
Inilah yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar, kita seronok menjalani kehidupan tapi ade satu bende yang kosong dalam hati kita un cari dan cuba mengisinya dengan cari teman, sahabat, sedara mara.. Tapi mereka tak mampu nak bantu kita atas kerana had usaha mereka terbatas.. Jadi mereka tak dapat tolong.. Kita un tak dapat apa yang kita inginkan.. Tapi, sebenarnya, Allah yang merancang sedemikian kerana nak hambaNya kembali kepadaNya sebab apa? Tidak lain dan tidak bukan kerana rindu, kasihnya pada hamba.. Dia uji kita agar kita sentiasa merujuk pada Dia, bergantung harap pada Dia, Mengadu kasih pada Dia, kerana bagi kita Dialah segala-galanya..
Kita pun tersedar, Dia yang cipta Kekosongan tu tuk Dia nak ade dalam kehidupan kita.. Kita un cari Dia.. Bagaimana?
Zikir, ingat dia..
Selawat, rapat ngan kekasih Dia..
Baca Quran, baca Surat Cinta dia..
Solat, berdua-duaan dengan Dia..
Akhirnya, dia akan timbulkan kebahagian dalam hidup kita dan hilanglah rasa down kita.. Atas sbb kita telah jumpa pasangan puzzle yang sebenar iaitu Allah dengan HidayahNya.. BantuanNya..
[5/31, 10:18 PM] :
Kita rasa down berbaliklah pada Allah. Ngadu kat dia
Aku tak dapat something, tapi Kau akan beri aku yang lebih baik kan, kan, kan?
Kau tak bagi apa yang aku nak tapi Kau mesti bagi apa yang perlu kan, kan, kan?
Kau tak bagi apa yang suka, sedangkan aku taktau baikburuknya. tapi Kau akan bagi aku yang terbaik walau aku taksuka sbb Kau sayang aku kan, kan, kan?
Jadi timbulkan sifat syukur dalam diriku kerana Engkau sentiasa bersamaku, susah senang hingga Kau dekat dengan urat leherku..
Ingat balik status ws kau
[5/31, 10:20 PM] :
Kalau kau ingat cuba lihat status ws kau.. Bersyukur saat diri diuji, tanda sayangnya Allah itu pada hamba, rindu mendengar rintihan hambaNya itu.
[5/31, 10:21 PM] :
InsyaAllah kita sama² *henshin berubah menjadi lebih baik dengan adanye Dia
InsyaAllah.
Habis
Habis sahaja aku send karangan aku tu aku biarkan sahaja sebab aku masih satu tick.. Mungkin dia masih beribadah lagi di bulan Ramadhan ni.. Takpe² dulu aku buat kat die tunggu lame² biar aku pula yang rasa.. Dah lama sikit malam tu dia baca dan ucap terima kasih.. Aku tak terkata dan mahu saja aku ingin sampaikan terima kasih itu pada Allah sebab jika aku taip berkongsi pendapat tanpa keizinanNya, tak mungkin aku mampu bantu orang lain..
Jadi, sama² kita bermuhasabah mengubah langkah agar kita sentiasa dipenuhi pahala dan barakah.
Semoga perkongsian yang aku bagj bermanfaat suatu hari nanti.InsyaAllah.
Allahu'alam.
Salam Ramadhan ke-6
1.30pagi
Ulasan
Catat Ulasan