Akhlak Berpakaian

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Ni adalah ringkasan sedikit melalui rancangan “TANYALAH USTAZ TV9”
(Ustaz Firdaus Subhi)
••••••••••••••••••••••••••••••••••

Salah satu perkara yg terpenting adalah cara berpakaian.
Allah menceritakan kisah Nabi Adam ketika berada dalam syurga,Allah berikan pakaian yg disediakan oleh Allah.
Allah menjadikan pakaian itu utk menutup aurat.
Asal pakaian dari bulu² burung.
Aurat seorang lelaki beriman...Antara pusat hingga lutut.
Aurat seorang wanita beriman adalah keseluruhannya kecuali muka dan telapak tangan.
PAKAIAN YG TERBAIK ADALAH PAKAIAN TAQWA.
Sebaik~baik bekalan adalah bekalan taqwa.

BAGAIMANA ADAB BERTUDUNG MENURUT ISLAM?
1)Tudung itu tidak jarang(jangan nampak rambut)
2)Tudung itu mesti menutup hingga ke bawah dada.
Pakai tudung berwarna warni adalah DIHARUSKAN.

APAKAH PEREMPUAN SUDAH 70 THN BOLEH MENUTUP KEPALA DGN SKAF SAHAJA KERANA SKAF AKAN MENAMPAKKAN LEHER?
Allah kata boleh sahaja mereka meringankan sedikit aurat mereka.
Tapi tetap kena tutup leher.
Jika aurat wanita biasa kena menutup dada tapi wanita yg tua boleh ada sedikit kelonggaran( tapi kena tutup)
Tapi jika dia mampu menutup keseluruhannya itu adalah lebih baik.

APA PANDANGAN USTAZ,TREND SEKARANG LELAKI PAKAI PAKAIAN KETAT?
Nabi kata sesiapa yg meniru sesuatu kaum...bermakna mereka adalah salah satu dari kaum tersebut.
Nabi bersabda sesungguhnya lelaki itu berpakaian tapi telanjang(menunjukkan susuk badan)
HUKUMNYA MAKRUH.
Sebaiknya pakailah pakaian yg luas kerana itulah yg terbaik disisi Allah.

SEMASA BERJEMAAH DIMASJID,ADA JEMAAH YG PAKAI JUBAH DAN ADA PAKAI KAIN...JUBAH ITU LABUH HINGGA MENYAPU LANTAI,APA PANDANGAN USTAZ?
Nabi bersabda sesungguhnya tidak akan masuk dalam syurga org yg ada perasaan sombong.
Barangsiapa yg memanjangkan pakaian dgn tujuan berbangga~bangga ia tidak akan masuk syurga.
Pada zaman Rasulullah org yg pakai pakaian yg labuh ini adalah org bersifat sombong dan menjadi HARAM.
Jika dia pakaian tidak ada niat sombong,itu tidak mengapa tapi jika pakaian itu hingga mengesat najis dan dibawa solat...solatnya tidak sah.

ISTERI YG TIDAK MAHU PAKAI TUDUNG DAN SUAMI SUDAH SURUH APAKAH SUAMI AKAN MENANGGUNG DOSA ISTERI?
Nabi kata kalaulah aku diberi kuasa,aku akan menyuruh seorang isteri sujud pada suami(ini menunjukkan isteri wajib taat pada suami)
ISTERI MENJADI ISTERI DERHAKA KERANA TIDAK MENURUT PERINTAH SUAMI.
WANITA YG DERHAKA TIDAK LAYAK MASUK SYURGA ALLAH.
Suami perlu berpisah sementara atau memukul(sebagai pengajaran)pada isteri.

APA HUKUM WANITA PAKAI TUDUNG TAPI PAKAIANNYA MENAMPAKKAN TUBUH BADAN?
Bagi seorang wanita HARAM memakai pakaian KETAT.
INI BELUM LAGI MENUTUP AURAT.
Pakaian wanita adalah pakaian yg luas sehingga menutup bentuk tubuhnya.
DOSANYA AKAN DITANGGUNG SEHINGGA DIA BERTEMU DGN ALLAH.

SELUAR PENDEK BAWAH LUTUT,APAKAH INI CUKUP SYARAT MENUTUP AURAT?
Seluar pendek mesti dibawah lutut dan diatas pusat...
Seluar pendek diatas lutut, dianggap tidak menutup aurat.
Jika menunaikan sembahyang dalam keadaan demikian,sembahyangnya tidak sah.

BAGAIMANA PEREMPUAN YG MEMAKAI PAKAIAN YG BERWARNA WARNI HINGGA MENARIK PANDANGAN LELAKI?
Asal kepada sesuatu perkara itu HARUS.
Jika sehingga menimbulkan keinginan lelaki melihatnya...Ini tidak dibenarkan..
SEKIRANYA NIAT BERPAKAIAN ITU UTK MENARIK PANDANGAN LELAKI...MAKA LEBIH BAIK MENGELAKKAN MEMAKAI PAKAIAN ITU.

BOLEH USTAZ TERANGKAN PAKAIAN IPAR DUAI DALAM RUMAH?
Aurat perlu dijaga...
Perlu jaga lengan dan perlu pakai lengan panjang.
INI ADALAH UNDANG² DAN PANDUAN DARI ALLAH.

APAKAH ADAB MEREKA YG MEMAKAI PURDAH?
Ada  pendapat para ulamak mengatakan wajib memakai purdah jika wajahnya terlalu cantik kerana sekiranya dibuka akan menimbulkan fitnah.
Purdah itu mesti tebal dan pakaian yg dipakai mesti luas serta tunjukkan akhlak yg terbaik.

KALAU PAKAI BAJU SENAMAN BERCELANA PENDEK DAN YG MENGAJARNYA ADALAH PEREMPUAN,APAKAH DIBENARKAN?
DIBENARKAN. .Tapi jika menimbulkan fitnah,ia tidak dibenarkan.
Menimbulkan fitnah adalah jika perempuan dan perempuan memandangnya hingga menaikkan shahwat.

PAKAIAN KITA MELAMBANGKAN KITA BERIMAN PADA ALLAH DAN AKAN DICATAT OLEH ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
Waalahua'lam

Moga Allah redho dengan usaha kita😊

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta & Ikhtilat 💕💕

Tak Lagi Sendiri