Cinta & Ikhtilat 💕💕
Lama dah tak berkongsi kat blog ni.. Selalu tulis kat kertas, tak sempat nak transfer ke digital moment.. Nanti bila-bila admin kongsi ye.. Jangan menangis~ ini semua.. KetentuanNya~ Aizat Amdan.. CAdmin tertarik dengan kalam Organisasi Perkemat ni, kenapa ye? Sebab admin pun ada pegang jawatan besar di kolemoga kita bersama dapat mengambil ibrah dengan apa yang disampaikan... (≧∇≦ ) Cinta & Ikhtilat dalam Berorganisasi ===== CINTA/MINAT ===== Pernah tak juga kita jatuh hati atau meminati seseorang tatkala kita dalam berorganisasi "Bagusnya dia, seorang yang memahami aku..." "Kenapa dia ni lawa sangat..." "Gerak kerjanya bagus la. Macam boleh buat bakal imam aku lak..." Sahabat-sahabat, Biasalah tu. Itulah fitrah namanya namun melayani perasaan sehingga tidak sedar diri akan mendatangkan mafsadah yang lebih besar! Cukuplah sekiranya hadir perasaan minat itu, tidak perlu dilayani secara berlebihan kerana syaitan sentiasa ...