Cinta & Ikhtilat 💕💕
Lama dah tak berkongsi kat blog ni.. Selalu tulis kat kertas, tak sempat nak transfer ke digital moment.. Nanti bila-bila admin kongsi ye..
Jangan menangis~ ini semua.. KetentuanNya~ Aizat Amdan..
CAdmin tertarik dengan kalam Organisasi Perkemat ni, kenapa ye? Sebab admin pun ada pegang jawatan besar di kolemoga kita bersama dapat mengambil ibrah dengan apa yang disampaikan... (≧∇≦ )
Cinta & Ikhtilat dalam Berorganisasi
=====
CINTA/MINAT
=====
CINTA/MINAT
=====
Pernah tak juga kita jatuh hati atau meminati seseorang tatkala kita dalam berorganisasi
"Bagusnya dia, seorang yang memahami aku..."
"Kenapa dia ni lawa sangat..."
"Gerak kerjanya bagus la. Macam boleh buat bakal imam aku lak..."
Sahabat-sahabat,
Biasalah tu. Itulah fitrah namanya namun melayani perasaan sehingga tidak sedar diri akan mendatangkan mafsadah yang lebih besar!
Cukuplah sekiranya hadir perasaan minat itu, tidak perlu dilayani secara berlebihan kerana syaitan sentiasa menunggu ruang untuk menusuk jarum permulaan penzinaan
Kita baru berapa tahun hidup di atas dunia ni?
18 tahun?
19 tahun?
20 tahun?
19 tahun?
20 tahun?
Muda sangat untuk terus memikir soal jodoh terlalu berlebihan
Soal jodoh memang perlu difikirkan tapi bukan sehingga membantutkan gerak kerja kita untuk Islam dan akhirnya jatuh ke lembah dosa!
Ajukan soalan-soalan begini tatkala hati kita mula terpaut pada seorang ajnabi
"Aku ilmu pun tak banyak, inikan nak bimbing anak orang. Kata nak bawa ke syurga, kalau tak ke neraka lah jawabnya"
"Al Quran pun aku tak rajin mengulang apatah lagi nak amalkan. Solat jemaah pun kadang-kadang culas. Macam mana aku nak bina keluarga yang kuat cintanya kepada Allah?"
"Kalau aku sibuk melayan cinta dan perasaan tanpa buat persiapan ilmu dan tarbiah, macam mana aku nak didik pasangan dan anak-anak aku yang bakal jadi khalifah Islam nanti?"
"Aku sibuk nak jatuh hati kat orang lain, sibuk nak cinta orang lain tapi ngan cinta kepada Allah pun aku tak kuat...macam mana pulak nanti cinta aku ngan bakal pasangan aku kalau cinta Allah belum tanam dalam hati?"
"Aku ni nak lahirkan khalifah yang akan memegang panji-panji kemenangan Islam. Tapi kenapa aku sibuk melayani cinta dan perasaan dengan manusia yang mungkin akan bawa kerosakan tanpa buat persiapan untuk didik generasi akan datang?"
Cukuplah sekiranya soalan-soalan begini diajukan kepada diri sendiri
Pasti, kita akan sedar bahawa terlalu muda untuk kita mahu mengutamakan melayani perasaan cinta pada ketika ini
Sekali gus akan membangkitkan semula semangat dan roh kita untuk terus berorganisasi mengikut acuan al Quran dan as Sunnah demi memartabatkan agama dan melahirkan generasi-generasi yang bertaqwa pada masa akan datang
Simpan manis perasaan cinta itu kepada yang selayaknya
Apakah kita mahu hadiahkan manisnya cinta kita yang hanya tinggal sisa-sisa sahaja dek kerana kita telah memberikannya kepada yang tidak layak menerima?
Sama-sama kita renungkan!
Kalau rasa kita memang meminati seseorang itu sehingga berhajat mahu menikahinya
Tiada masalah
Tapi, ajukan dahulu soalan-soalan yang dikemukakan tadi
Kerana pernikahan bukan untuk melepaskan nafsu semata namun jauh lebih itu ia sebagai permulaan pembinaan generasi Islam pada masa akan datang
Kita kena fikirkan. Gerak kerja yang kita lakukan adalah sebagai latihan untuk kita didik generasi-generasi al Quran yang bakal mencorak negara dan agama
Kenapa kita mahu hiasi gerak kerja dengan melayani perasaan cinta di hati namun tidak dihiasi dengan iman dan taqwa?
Fikir-fikirkan!
Tidaklah tinta ini dilakarkan melainkan hati ini sudah pernah remuk dek kerana mengutamakan cinta manusia berbanding cinta Illahi terutama dalam gerak kerja
Semoga gerak kerja kita dalam berorganisasi pada selepas ini akan melahirkan roh Islam dalam jiwa serta memberi kesan buat generasi-generasi Islam yang bakal tiba kelak
Wallahua'alam
Membina Legasi Berpandukan Wahyu ✊
_Membentuk Sahsiah, Merealisasikan Biah Solehah_
Akhukum fillah,
Muhamad Hannan bin Mohd Haniff
Exco Lajnah Tadbir dan Perhubungan Luar Perkemat 16/17
Muhamad Hannan bin Mohd Haniff
Exco Lajnah Tadbir dan Perhubungan Luar Perkemat 16/17
#TadbirPerkemat
#Perkemat16/17
#Perkemat16/17
Ulasan
Catat Ulasan