Terus kuat dan tabah dalam meneruskan perjuangan Dakwah
🌿🦋🌹🌿🦋🌹🌿🦋🌹🌿🦋
Harap sudi luangkan masa bersama untuk membaca perkongsian yang bermanfaat untuk semua, in sha Allah.. 😉
🌿🦋🌹🌿🦋🌹🌿🦋🌹🌿🦋
Assalamualaikum. Alhamdulillah pada malam ni terpanggil kita untuk sama² berkongsi mengenai satu tajuk yang rasanya saya perlu kongsikan agar kita semua terus kuat dan tabah dalam meneruskan perjuangan Dakwah. Sebelum kita mulakan perkongsian ni marilah kita sama2 membaca Ummul Kitab Al-Fatihah
Tetapi tidak pula di lihat dari segi manfaat dan kesannya yang akhirnya akan memberikan satu kebaikan pada diri sendiri malahan pada org lain terutamanya org yang kita sayangkan. 😘 .
Tapi untuk memulakan dan meneruskan tu tersangatlah susah. Situasi ni selalu sahaja terjadi. Bila kita nak bawa org lain untuk berubah benda ni akan menjadi suatu yang sangat susah.
Straight to the point = setiap kebaikan yang cuba untuk disampaikan pasti ada halangan dan halangan itu jika terkena pada orang yang lemah imannya maka tindakannya mungkin menjadi salah.
Bercakap bab ujian, mungkin akan masuk satu topik yg lain, jadinya kita kembali pada perkara asal yang mahu di bawakan iaitu Dakwah.
Kadang kita terfikir, kenapa susah sangat untuk berdakwah? Kenapa susah sangat untuk mengajak org lain melakukan kebaikan?
Orang muda zaman ni, memang tak dinafikan atas jiwa dan semangat yang mem-buak² untuk berdakwah demi mendapat redha Allah dan tempat di Akhirat kelak (kekal). Namun, satu masalah yang ada dalam golongan muda pada masa ini adalah semangat dakwah yang sekejap naik dan sekejap turun. Boleh jadi di akhirnya semangat ini akan meruntuhkan keseluruhan dan asas dakwah yang dibawakan.
Persoalannya, kenapa semangat ini boleh luntur dan tiba2 boleh menaik?
Jawapannya, kerana anak muda pada masa ini sedikit pun tidak mempedulikan tentang apa yang telah Nabi Muhammad s.a.w pernah tempuhi suatu masa dahulu dan tidak pernah sedikitpun mengambil perkara ni sebagai satu pengajaran untuk menerapkan dalam Jiwa Dakwah.
Dan lagi menyedihkan, ada di kalangan kita yang berdakwah atas sebab nama 😔, atas sebab nak popular. Isu dan topik pembawakan hanya fokus pada keindahan sedangkan wajib itu di tinggalkan. Golongan inilah golongan yang telah menjadikan Islam itu sangat² dipermudahkan sehinggalah sesuatu yang perlu dan wajib ditinggalkan. 😔
Hopefully kita bukanlah dari golongan ini. Nauzubillahimin Zalik.. Sambil tiup fuhh.. Nyahh ko dari sini...
Kalau kita imbas dan lihat kembali tentang perjuangan Nabi Muhhammad s.a.w dulu berjuang untuk memartabatkan Islam, Allah..... Sangat banyak dan sukar perjuangannya tetapi yang menyedihkan adalah zaman Sekarang! Anak2 muda lebih berminat untuk hafal novel dan tonton cerita² yg jauh tersasar dari akidah umat islam. Sedangkan cerita bagaimana perjuangan Rasullulah itu sendiri berdakwah dalam keadaan yg penuh onak duri di lupakan.
Tanya pada diri sendiri apakah kita ada masa untuk mengingati Rasullulah, Rasul kita? Sedangkan Rasullulah di akhir² nyawanya orang yang beliau ingati adalah umatnya! Kita Umatnya !!
Kalau kita lihat sendiri, daripada perjuangan Rasullulah sendiri, sangat banyak halangan yang Baginda lalui, tapi kita sekarang baru di uji sedikit dalam berdakwah dah menenting rasa tak berdaya , tak mampu...
Pernah terjadi? Bila kita dah nasihat tapi org tu tidak dengar? ... Dan rasa risau kerana dia adalah org yang kita sayangkan??
Nabi pun pernah lalui perkara yang sama, bila mana ayah saudaranya sendiri iaitu abu talib yg telah membesarkan nya bagai menatang minyak yang penuh ingkar dan tidak mahu untuk bersama Islam.
Ujian ini lagi besar dari apa yang kita lalui pada sekarang.
Sehinggalah pada saat kematian Abu talib ini sendiri beliau masih berkeras untuk tidak memasuki islam.
[ ١٣٢ ] ٣٩ ) ٢٤ –( ﻭ ﺣَﺪَّﺛَﻨِﻲ ﺣَﺮْﻣَﻠَﺔُ ﺑْﻦُ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺍﻟﺘُّﺠِﻴﺒِﻲُّ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦُ ﻭَﻫْﺐٍ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧِﻲ ﻳُﻮﻧُﺲُ ﻋَﻦْ ﺍﺑْﻦِ ﺷِﻬَﺎﺏٍ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧِﻲ ﺳَﻌِﻴﺪُ ﺑْﻦُ ﺍﻟْﻤُﺴَﻴَّﺐِ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻪِ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻤَّﺎ ﺣَﻀَﺮَﺕْ ﺃَﺑَﺎ ﻃَﺎﻟِﺐٍ ﺍﻟْﻮَﻓَﺎﺓُ ﺟَﺎﺀَﻩُ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻮَﺟَﺪَ ﻋِﻨْﺪَﻩُ ﺃَﺑَﺎ ﺟَﻬْﻞٍ ﻭَﻋَﺒْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦَ ﺃَﺑِﻲ ﺃُﻣَﻴَّﺔَ ﺑْﻦِ ﺍﻟْﻤُﻐِﻴﺮَﺓِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﺎ ﻋَﻢِّ ﻗُﻞْ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻛَﻠِﻤَﺔً ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﻟَﻚَ ﺑِﻬَﺎ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﺟَﻬْﻞٍ ﻭَﻋَﺒْﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦُ ﺃَﺑِﻲ ﺃُﻣَﻴَّﺔَ ﻳَﺎ ﺃَﺑَﺎ ﻃَﺎﻟِﺐٍ ﺃَﺗَﺮْﻏَﺐُ ﻋَﻦْ ﻣِﻠَّﺔِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻄَّﻠِﺐِ ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﺰَﻝْ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻌْﺮِﺿُﻬَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﻳُﻌِﻴﺪُ ﻟَﻪُ ﺗِﻠْﻚَ ﺍﻟْﻤَﻘَﺎﻟَﺔَ ﺣَﺘَّﻰ ﻗَﺎﻝَ ﺃَﺑُﻮ ﻃَﺎﻟِﺐٍ ﺁﺧِﺮَ ﻣَﺎ ﻛَﻠَّﻤَﻬُﻢْ ﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻣِﻠَّﺔِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻄَّﻠِﺐِ ﻭَﺃَﺑَﻰ ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺃَﻣَﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪِ ﻟَﺄَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮَﻥَّ ﻟَﻚَ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﺃُﻧْﻪَ ﻋَﻨْﻚَ ﻓَﺄَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ
} ﻣَﺎ ﻛَﺎﻥَ ﻟِﻠﻨَّﺒِﻲِّ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺃَﻥْ ﻳَﺴْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭﺍ ﻟِﻠْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﺃُﻭﻟِﻲ ﻗُﺮْﺑَﻰ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﺒَﻴَّﻦَ ﻟَﻬُﻢْ ﺃَﻧَّﻬُﻢْ ﺃَﺻْﺤَﺎﺏُ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ { ﻭَﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻓِﻲ ﺃَﺑِﻲ ﻃَﺎﻟِﺐٍ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﻟِﺮَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ } ﺇِﻧَّﻚَ ﻟَﺎ ﺗَﻬْﺪِﻱ ﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺒَﺒْﺖَ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳَﻬْﺪِﻱ ﻣَﻦْ ﻳَﺸَﺎﺀُ ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﺎﻟْﻤُﻬْﺘَﺪِﻳﻦَ {
Dan Harmalah bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: ‘Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab, beliau berkata: Sa`id bin al-Musayyab telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya, beliau berkata:
“Bila Abu Talib hampir mati [1] maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu
Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.” Abu Jahal bin dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama
‘Abd al-Muttolib?” Begitulah Rasulullah s.a.w. terus mengemukakan kalimah ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.
Perasaan Rassullullah ketika itu tersangat sedih. Kerana yg pertama org yang paling beliau sayangkan telahpun pergi . Yang kedua beliau gigih berdakwah kepada org lain sedangkan keluarga terdekatnya tidak dapat dia selamatkan untuk masuk ke dalam Agama Allah.
Selepas itu apa yang terjadi ialah, Allah s.w.t menurunkan ayat:
} ﻣَﺎ ﻛَﺎﻥَ ﻟِﻠﻨَّﺒِﻲِّ ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺃَﻥْ ﻳَﺴْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭﺍ ﻟِﻠْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﺃُﻭﻟِﻲ ﻗُﺮْﺑَﻰ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﺒَﻴَّﻦَ ﻟَﻬُﻢْ ﺃَﻧَّﻬُﻢْ ﺃَﺻْﺤَﺎﺏُ ﺍﻟْﺠَﺤِﻴﻢِ {
(Maksudnya: Tidaklah dibenarkan [2] bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka[3] )
Dan Allah s.w.t menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w
} ﺇِﻧَّﻚَ ﻟَﺎ ﺗَﻬْﺪِﻱ ﻣَﻦْ ﺃَﺣْﺒَﺒْﺖَ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳَﻬْﺪِﻱ ﻣَﻦْ ﻳَﺸَﺎﺀُ ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻠَﻢُ ﺑِﺎﻟْﻤُﻬْﺘَﺪِﻳﻦَ {
(Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) [4] )
Dalam peristiwa ini apa yg boleh kita ambil dan pelajari adalah bahawah “Hidayah itu Milik Allah”
Siapapun kita, kita adalah manusia biasa yang hanya mampu untuk mengajak tetapi tidak untuk memaksa.
Sebabtu bila kita rasa dakwah yang kita lakukan ini tidak berhasil maka Salah. Keutamaan dalam dakwah ini adalah usaha dan erti kekuatan yang tidak putus asa untuk menyebarkan. Jika kita rasa kita tidak boleh ubah org ya memang betul sebab Hidayah itu Allah yang berikan bukanya kita.
Oleh itu dalam pengisian dakwah usaha dan perjuangan itu penting. Kerana usaha dan perjuangan itulah yang membantu seseorg untuk kembali pada Allah dan akhirnya Allah membuka pintu hidayah kepadanya untuk berubah. 😘
Alhamdulillah, berakhir sudah perkongsian untuk mlm ni.. Kita akhiri dgn surah ar-ash n tasbih kafarah
Ulasan
Catat Ulasan